Powered by Blogger.

Kisah Benar (Malay Version)

by - Thursday, August 20, 2015

I'm sure there are some of you who are interested to know what my writing would be like if I typed it out in Malay. Well, now you can see it for yourself!


WARNING: LOTS OF IMPROVEMENTS NEEDED HERE

Sudah 10 minit berlalu tetapi aku dapati aku masih berdiri tercegat di depan kaunter 7 Eleven. Entah bila aku ingin gerakkan kaki selangkah, badan mula rasa kebas dan perut sudahpun membuat pengumuman rasmi yg sekuat-kuatnya tanda ia sudah lapar. Kalau ikutkan hati, aku ingin segera beredar dari tempat itu untuk mengisi perut sebelum kelas bermula, tetapi ada sesuatu yang menghalang aku daripada berbuat demikian.

Ya Allah, di manakah duitku menghilang ketika aku betul-betul perlukannya? Bukan ke tadi aku sudah selitkan dompet aku ke dalam beg sebelum keluar dari rumah? Aku mengurut dahi sambil mulut terkumat-kamit  menyebut zikir untuk tenangkan hati yang meradang.

“Assalamualaikum, adik. Nak buat bayaran ke?” suara lembut tiba-tiba menyapaku dan aku ditarik balik ke alam realiti. Ya, Wani, kau nak bayar ke tidak? Aku tanya kepada diriku dengan geram tetapi mulut menguntumkan senyuman yang amatlah manis kepada kakak yang bertudung cantik di belakang kaunter. Agaknya dia sudah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan pelanggannya yang terawal hari ini.  Dahi mula berpeluh apabila kelihatan deretan budak-budak sekolah berbaris panjang di belakang aku.

“Akak sudah bayar ke? Kita nak pergi ke sekolah sekejap lagi, nanti lambat,” salah seorang daripada mereka tegur aku, mukanya jelas menunjukkan dia sudah hilang kesabaran.

‘Kakak, saya lupa bawa dompet. Nanti saya datang balik,” aku bisik perlahan-lahan kepada pekerja 7e itu dengan kekok.

“Oh, macam itu ya ceritanya. Takpe, akak simpan roti adik dekat sini. Selepas itu, adik ambilkan dompet dan datang balik untuk buat bayaran. Kelakar betul, adik ni,” berkata kakak itu dan tertawa lembut.

“Kalau macam itu, nanti saya datang balik dengan duit itu,” aku hanya boleh balas dengan muka yang terasa merah padam. Budak-budak sekokah yang nakal itupun sibuk terkekeh-kekeh setelah memahami situasi aku.

Aku ni memang boleh jadi pelawaklah.


Note: This is what happened to me during my second semester in foundation. I had to cross the road, climb up the stairs and drag myself into my room to find my wallet. Never again.... -_-"

You May Also Like

0 comments